5/2/11

sabtu dan ahad yang menyibukkan

sabtu

bangun .

aku menuju ketelefon rumah . aku mendail . dengan nada yang resah aku tetap menunggu .dengan calleringtone Jahatnya Cinta . aku membisu seribu erti .

dia menjawab .

'eh , aku rasa aku malas lahh nak pergi . lagipun aku tak ada duit nie' aku memnulakan bicara .
'alah , kau pergi ler , pergi jugakk . aku belanja kau air milo nakk ?' dia pantas menjawab .
'hmm . okey lahh . tapi pukul 12 lebih baru aku gerak' aku menjawab .
'okey okey' giliran dia menjawab .
'then syahirah macam mana ? aku bertanya lagi .
'takk pe , aku boleh cakap dengan dia' dia masih tidak mengalah .
\gangang diletakkan/

aku kembali kebilik . merehatkan tubuh yang terasa agak penat . mungkin kerana aku tidur lewat semalam . aku hampir melelapkan mata sebelum telefon rumahku berbunyi .

aku berlari anak menuju kearahnya .
satu suara yang agak kasar tetapi ada lagi sifat keperempuanannya menerpa dicorong telefon ,
'wei , kau dekat mana ?'
aku menjawab dengan nada serba salah ' aku kat rumah lagi , kenapa ?'
seperti mendengus , dia kembali menjawab .
'cepat sikit wei , bila kau nak bertolak ?'
menarik nafas yang tak seberapa mendalam .
'nanti lahh , mak aku beli barang lahh , 12 lebih baru aku bertolak .
mematikan telefon begitu sahaja .

aku berlari ke bilik .
fikiranku tak menentu . pagi lagi aku sudah menelefon faridah bagi memaklumkan bahawa aku tidak dapat pergi awal .
selepas itu , syahirah yusuf telefon dengan mengatakan supaya cepat ?
apakah maksud ini semua ?

aku diam .

segera mengambil tuala mandi .
segera juga kebilik air .

keluar bilik air . segera ku membaluti badan aku dengan t shirt berwarna putih , overoll , dan juga legging berwarna hitam . kereta mama sudah ada . bererti mama sudah balik dari membeli barang .

dalam pada itu juga , berdering dering telefon rumahku berbunyi . seperti ada sesuatu masalh yang besar . pening kepalaku . tetap ku berdiam diri .

berhenti selepas jambatan loron pandan . itu yang disuruh aku oleh faridah .

kereta diberhentikan . salam sambil berkucupan pipi tidak ku lupakan pada mama tersayang .

sesampai dibandar melaka yang penuh dengan pelbagai orang dan ragam . pakaian yang seperti artis malah lebih dari itu . aku melihat sambil tersenyum .

macdonal tempat pertama ditujui . mC chiken , bersama aiskrim coklat dipesan faridah . bungkus .

mencari tempat duduk bukanlah perkara yang senang . Alhamdullilah . ada juga tempat kosong didalam mcd itu . aku duduk .

mengambil gambar pelbagai aksi . kami rasa seperti mcd tu kami yang punya pula .

beralih ke dataran pahlawan ke mahkota balik . bermain game sehingga duit loncai . jalan jalan . dan berhenti di mcd mahkota . faridah memesan aiskrim sekali lagi . aku duduk bersama syahirah .

berjumpa pula dengan amirah nasapi , khai dan juga syahirah malik . sombong . aku seperti bukan kawan mereka . hanya amirah dan juga khai yang menegur aku . aku takk kisah sangat . adat manusia .

balik menaiki bas ? hmm . aku redha . diam sambil menyalahkan syahirah . terseksa rasanya menaiki bas yang penuh sesak .

bukan sombong . dulu aku juga menaiki bas . hanya , tidak lahh aku sangka akan begitu akhirnya . pergi dengan naik kereta . baliknya menaiki bas . sungguh padan (';

balik rumahh .

mama kata abah ajak balik kampung .

mulanya aku enggan . 'alah , abah ajak je kan ? bukan suruh .' pantas mulutku menjawab .
mama hanya geleng kepala melihat karenah aku .

nak tau tak nak . aku terpaksa . mengemas beg pakaian ku . ku capai 3 helai baju . 3 helai seluar . berserta pakaian dalam .

pukul 8 : 30 . aku bergerak balik ke bahau .

jam 10 lebih baru aku tiba ke kampung . aku terasa seronok pula . nenek menyambutku dengan bersalaman aku cium pipi kiri dan kanannya yang sudah berkedut . disambut pula dengan atuk aku .

selepas itu dan ini . aku masuk bilik tidur . HAHA . *sebenarnya malas nakk tulis panjang2*



ahad

bersarapan diluar adalah perkara biasa bila aku balik ke kampung . itu yang paling aku suka . hihi .

poksu balik selepas aku pergi sarapan . sempat juga aku pergi pasar tani . macam macam ada .

dup dap dup dap . aku tertidur . 'akak , kau nak pergi ulu bendol takk ? abah tanya .' tyqa datang memberi aku soalan .

'hm , nakk ler .' aku menjawab acuh takk acuh . aku melangkah turun dari tangga satu persatu .

jam menunjukkan pukul 5 : 15 petang . 'ada masa lagi ke nakk pergi ulu bendol ?' tanya aku dalam hati .

dari bawah aku dah dengar nenek cakap dah lewat nak pergi ulu bendul . belu habis aku turun kebawah . aku naik semula . 'mesti tak dapat pergi punya' bisikku .

mama datang kearah ku , suruh ku bersiap cepat . aku melonjak gembira . HUHU . sukanya .

packing barang . aku masuk ke kereta . poksu , abah , mama , aku , tyqa dan juga farish . nenek dan atuk duduk rumah sebab mereka nak tunggu makcik pulang .

drommm . meluncur laju kereta waja berwarna grey .

sampai ulu bendul dalam pukul 6 . aku memilih tempat yang strategik . ceyh . siap . wahh ! ada . aku buka sandal , terus terjun . 0.o . sejuk . aku terdiam .

poksu , jurukamera yang bolehlah tahan profesional . aku seronok dia ada . ada juga orang yang akan ambil gambar aku . HAHA .

selesai mandi . aku salin pakaian baru .

aku balik .

sampai rumah nenek , aku lihat makcik sudah pun berada disitu . aku terus bersalam salaman .

potpetpotpetpotpet . aku tidur .


isnin

aku bangun selepas bunyi bising didapur mengejutkan aku . walaupun aku tidur bilik atas . tetap aku mendengar bunyinya .

makan nasi lemak pagi tu membuatkan terfikir berat aku mungkin akan naik selepas ini . HAHA .

aku rehat rehat . kemas beg yang akan kubawa balik petang ini .

aku siap . nenek dan semuanya bersiap . nenek , atuk , poksu dan makcik nak pergi ke batu pahat . rumah nek lah aku . sementara aku nak pulang ke rumah melaka .

kami bertolak bersama sama . berakhir di simpang masuk negeri sembilan . sementara aku belok ke kiri dan poksu belok ke kanan .

sampai dirumah tepat 3:30 . terus aku online sebab rasa macam dah lama takk online . padahal baru 1 setengah hari aku takk online . hihi .

byee . \sakit tangan aku menaip panjang berjelar/