5/10/11

selasa yang penat

aku pergi kesekolah seperti biasa . naik bas seawal 5:30 pagi . sampai kesekolah pukul 7 something .

mengorak langkah dengan lebih laju kerna takut dicatit datang lewat aku tersenyum . dengan muka gebeh aku jalan dengan pantas .

sampai dalam kelas aku ambil penyapu lalu menyapu kelas walaupun itu bukan tugas aku . aku sepatutnya dijadualkan bertugas pada hari rabu . tetapi disebabkan mereka yang bertugas pada hari ini belum kelihatan . aku melangkah memulakan kerja .

selesai . aku terduduk . lelah rasanya . hmm

kemahiran hidup waktu pertama . kumpulan dua diarahkan untuk kebengkel . aku tergolongan dalam kumpulan satu . aku duduk dalam kelas sahaja .

30 minit kemudian . sibuk aku bercerita . tidak sedar akan guru yang tidak masuk kekelas . seorang guru berbangsa cina . lelaki . mengantikan guru kemahiran hidup ku .

berkaca mata . wajah yang serupa cina cian lama . lemah lembut dan tidak mudah berkasar dengan muridnya . aku diberi soalan matematik yang mengancam . wow .

kringg . masa tamat . waktu ketiga . agama . aku meneruskan pelajaranku hingga tamat .

bergegas ke kanti . kucapainya roti john bersaiz sederhana . kuhulurnya rm 1 . 00 . aku duduk lalu makan .

kelas tambahan geografi sudah dimulakan sewaktu aku masuk kedalm kelas . guru kelas aku sendiri . jadi aku jadi sedikit senang .

3:30 petang . selesai juga kelas tambahanku . ku berjalan kehadapan . dipondok mgs2 aku melabuhkan punggung . penat seketika . kupandang ke kanan .

kelihatan afiqah and the geng . aku bergegas ke arahnya . sibuk posing maut sambil malissa mengambil gambarnya . aku tersengih . kelucuan terpancar dimuka mereka .

kelihatan kereta berwarna oren datang kearah kami . ummi afiqah .

mama aku pula datang . ummi afiqah dan juga mama aku berbual seketika aku berbual dengan afiqah .

potpetpotpetpotpetpotpetpotpet .

aku balik . panas . jerebu muncul tanpa diminta . tekak aku sakit .

aku berdoa agar Allah meredupkan bumi ini . takk tertanggung rasanya panas sebegini .