
teringat kenangan kita masa tu . indah . tiada apa yang boleh ungkapkan perasaan tu .
tapi , semua tu melayang satu satu dalam ingatan .
tapi juga susah . kerana semakin dilupakan . semakin kuat ingatan itu .
malah setiap apa yang dibuat ada kaitannya . entah bila boleh dihapuskan ingatan yang tak sudah itu .
wahai NM ♥ sayang , aku tak tahu apa yang aku buat . terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku yang tak ada maknanya .
kau yang sakit . sakit hati dengan perangai aku yang tak sudah .
walaupun kasih sayang yang kau beri itu sangat matang bagi aku . dan aku patut teruskannya .
tapi entah . aku cemburu . cemburu dengan mereka yang saban hari berada dengan kau . sungguh .
aku tahu aku tak patut bersikap demikian . tapi , maafkan aku . aku terpedaya . aku tak boleh tipu diri aku sendiri .
aku memang sayang kau . berat untuk jauh dengan kau apatah lagi putus dengan kau . perit .
tapi , perasaan segalanya . aku sedih bila tengok gambar kau dengan yang lain .
memang salah aku sebab tak bagi kau upload gambar dalam FB .
tapi , patut ke kau buat macam tu ? upload pula gambar kau dengan yang lain . hmm
walaupun teman sekolah . dia tetap perempuan . perempuan seperti aku . yang ada hati . ada rasa sayang dan cinta .
dari segi kau layan dia . ah . sudah tentu dia punya hati terhadap kau .
cinta perlukan dua orang yang menyayangi antara satu sama lain . dan itu kasih sayang . pula menerbitkan cinta .
NM ♥ , aku malas bersandiwara . aku mahu kau yang dulu . bila kau sendiri ajak aku keluar . bila kau sendiri terus terang . bila kau ada sifat kau sendiri . yang tak bajet bila dengan aku . itu engkau .
bukan sekarang . yang lain dari dulu . kau mengelak . kau tak terus terang . kau sembunyikannya .
tolong kasihan kan aku . aku tahu kau yang banyak luka dihati sebab aku . tapi itu aku . aku yang memang begitu sifatnya . maafkan aku .
NM ♥ , aku harap kau faham situasi aku . yang sekarang kelam kabut . entah apa yang aku risaukan . pelajaran aku pun entah ke mana . tak payah ingat aku tak ingat kat kau .
sebab tiap hari aku sebut nama kau dan hati aku selalu ingatkan aku kepada kau .
NM ♥ , aku sayang kau . itu je yang mampu aku ucap . tapi sayang aku jauh dalam hati aku . tak boleh diambil untuk bagi kepada kau . *kalau lah kau tahu macam mana sayang aku kat kau .
jangan buat aku risau pasal kau bermati mati .
bye , iloveyoualots ♥